Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

China Jelaskan Keadaan Hak Asasi Manusia

2018-11-08 13:30:52

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying menjelaskan keadaan perbahasan hak asasi manusia Majlis Hak Asasi Manusia PBB terhadap China pusingan ke-3.

Menurutnya, China menyertai perbahasan pusingan ke-3 Majlis Hak Asasi Manusia di Geneva, Switzerland. Ini merupakan perbahasan komprehensif rutin kali ke-3 terhadap keadaan hak asasi manusia di China berikut tahun 2009 dan 2013.

Hua berkata, kerajaan China yang mementingkan perbahasan ini menghantar satu rombongan yang diketuai Naib Menteri Luar China, Le Yucheng dan wakil-wakil dari 20 badan kerajaan pusat, wilayah Xinjiang, Tibet, Hong Kong dan Makau. Rombongan tersebut menjelaskan pencapaian China dalam sektor hak asasi manusia selepas tahun 2013 dan mengumumkan 30 tindakan baharu yang bertujuan memastikan hak asasi manusia terjamin di negara ini.

Menurutnya, China berjaya mewujudkan pembangunan dalam tempoh beberapa puluh tahun yang lalu yang sama dengan pembangunan yang dijalankan oleh negara maju dalam beberapa ratus tahun lalu. Di wilayah China yang seluas lebih 9.6 juta kilometer persegi, tiada peperangan dan pelarian. Sejumlah 1.3 bilion penduduk China dapat menikmati kehidupan damai, bebas dan bahagia. Inilah sumbangan terbesar China demi pembangunan hak asasi manusia seluruh dunia.

Menurutnya, China komited mendengar dan mengambil pandangan yang ikhlas yang bersifat membina, tetapi menolak tuduhan yang tidak beralasan yang penuh sikap prasangka politik.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin