Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Peng Liyuan, Bill Gates Temu di Shanghai

2018-11-07 14:03:05

Isteri Presiden China Xi Jinping, puan Peng Liyuan selaku Duta Muhibah Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) bagi penyakit tuberkulosis (TB) dan AIDS, bertemu dengan Bill Gates, pengerusi Yayasan Gates di Shanghai kelmarin.

Peng berkata, China pada masa ini komited membangunkan diri sebagai negara sihat, membasmi kemiskinan terutamanya yang berpunca daripada penyakit, di samping giat melibatkan diri dalam kesihatan dunia dan tadbir urus berkenaan.

China mahu melihat kerjasama dua hala dan tiga hala dengan Yayasan Gates semakin diperkasakan, termasuk meningkatkan pembinaan keupayaan dan pengamal kesihatan di China serta dunia.

Gates mengucapkan tahniah atas penganjuran Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) sambil memuji ucapan Presiden Xi yang membangkitkan semangat.

Beliau menyanjung tinggi pencapaian cemerlang China dalam usaha membasmi kemiskinan, dan sumbangan negara ini untuk menggalakkan kemajuan sektor kesihatan seluruh dunia. Katanya, Yayasan Gates akan terus memperkasakan kerjasama dengan China dalam bidang tersebut.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin