Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Wang Qishan Lawat Singapura

2018-11-07 13:05:48

Timbalan Presiden China, Wang Qishan menjalankan lawatan ke Singapura pada 5 hingga 7 November atas undangan kerajaan negara itu. Beliau turut mengatur pertemuan dengan Presiden Singapura, Halimah Yacob dan Perdana Menteri, Lee Hsien Loong.


Dalam pertemuan dengan Halimah, Wang menyatakan bahawa China bersedia terus mengintensifkan kerjasama dengan Singapura dalam pelbagai bidang termasuk pembinaan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R). Kerajaan China sentiasa meletakkan pembangunan sebagai misi paling penting, dan kemakmuran China telah membawa peluang besar kepada pembangunan ekonomi dunia. Pintu China yang sedia terbuka akan dibuka lebih luas.

Haliamah menyatakan, China rakan dagang terbesar ASEAN, maka hubungan yang lebih rapat menjadi sasaran penting bagi blok ekonomi itu. Singapura menyokong sistem perdagangan multilateral yang dianggap mekanisme paling berkesan dalam menyelesaikan pergeseran perdagangan.

Dalam pertemuan dengan Lee Hsien Loong, Wang mengimbas kembali perkongsian kerjasama komprehensif yang dicapai antara pemimpin China dengan Singapura pada 2015, yang telah menggariskan hala tuju hubungan bilateral.

Lee Hsien Loong pula menyatakan bahawa ucaptama Presiden Xi Jinping pada perasmian Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) memperkukuh keyakinan dunia terhadap prospek pembangunan China. Singapura dan China mempunyai pendirian yang sama dalam melindungi multilateralisme.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin