Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Ucaptama Xi pada Perasmian CIIE Jadi Tumpuan

2018-11-06 14:12:00 CRI

Ucaptama yang disampaikan Presiden China, Xi Jinping pada majlis perasmian Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) pertama di Shanghai semalam, menjadi tumpuan masyarakat antarabangsa yang turut memberi respons positif.

Akhbar Die Welt(the World)Jerman dalam rencana bertajuk "Presiden China Berjanji Terus Buka Pintu", mengulas komitmen Presiden Xi Jinping untuk terus membuka pasaran China, mengurangkan halangan perdagangan dan pelaburan terhadap syarikat asing, di samping menggalakkan penggunaan produk import.

Akhbar itu menganggap bahawa kerajaan China berharap dapat mencipta suasana ekonomi bertaraf antarabangsa melalui langkah-langkah berkenaan.

NHK Jepun dalam laporannya memetik ucapan Xi bahawa pintu China tidak akan ditutup, sebaliknya akan dibuka dengan semakin luas, sekali gus menegaskan China akan terus membuka pasarannya kepada dunia pada masa akan datang. Terdapat lebih 450 buah syarikat dan institusi Jepun menyertai CIIE, paling banyak bagi mana-mana negara peserta.

Agensi Berita Thailand semalam menerbitkan satu artikel yang memfokuskan janji pemimpin China untuk menyediakan suasana berniaga bertaraf antarabangsa. Pengarang menganggap bahawa penganjuran CIIE mencerminkan China bersiap sedia memperluas pengimportan supaya perdagangan luar berkembang secara seimbang.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin