Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Xi Alu-alukan Semua Pihak Teroka Pasaran China

2018-11-06 13:40:00 CRI

Presiden China, Xi Jinping telah mengadakan pertemuan dengan pemimpin dari Rusia, Republik Czech, Hungary dan Lithuania di Shanghai petang semalam, selepas perasmian Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) pertama.Xi mengalu-alukan penyertaan mereka dalam CIIE, dan berharap semua pihak dapat memanfaatkan platform itu untuk terus meneroka pasaran China. Ketika bertemu dengan Perdana Menteri Rusia, Dmitry Medvedev, Xi menyatakan bahawa China dan Rusia berada dalam fasa pembangunan negara yang kritikal, dan berdepan persekitaran antarabangsa yang sangat rumit.

Hubungan yang bertaraf tinggi dan kerjasama strategik yang selaras antara kedua-dua pihak semakin mustahak, sementara pelaksanaan konsensus antara pemimpim menjadi tugas utama pada fasa akan datang.Medvedev pula mengucapkan terima kasih kepada China yang mengundang Rusia sbagai salah satu tetamu kehormat, sambil menyatakan kesediaan pihaknya untuk menyertai CIIE setiap tahun. Katanya, CIIE adalah platform yang amat baik bagi merancakkan kerjasama antara negara dan syarikat.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin