Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Xi Jinping, Isteri Anjur Jamuan Sambut Tetamu CIIE

2018-11-05 13:31:18

Presiden China, Xi Jinping dan isteri, puan Peng Liyuan mengadakan jamuan di Shanghai malam semalam, untuk menyambut tetamu kehormat dari pelbagai negara yang menghadiri Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) pertama.

Xi dalam ucapannya menyatakan CIIE adalah langkah penting bagi China untuk menggalakkan pusingan baharu keterbukaan bertaraf tinggi dan membuka pasaran kepada dunia.

Katanya, dalam tempoh enam hari akan datang, sebanyak 172 negara, wilayah dan pertubuhan antarabangsa dari lima benua akan mempamerkan hasil pembangunan dan imej sendiri. Lebih 3,600 syarikat yang menyertai ekspo tersebut akan berunding dengan peniaga China dan pembeli asing, sementara para tetamu membincangkan isu-isu penting melibatkan tadbir urus ekonomi dan perdagangan antarabangsa.

CIIE diyakini akan menjadi pameran antarabangsa bertaraf tinggi, di samping platform baharu untuk merancakkan kerjasama ekonomi dan perdagangan antarabangsa, sekali gus menyumbang kepada pembinaan "Jalur dan Laluan" (B&R) dan globalisasi ekonomi.

Ini dipercayai akan menambah baik kesejahteraan rakyat seluruh dunia, ke arah membentuk komuniti berkongsi nasib sesama insan.


Anda mungkin berminat

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin