Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

China, Kazakhstan Teroka Kerjasama Baharu

2018-10-12 10:59:24

Perdana Menteri China, Li Keqiang bertemu dengan rakan sejawatnya dari Kazakhstan, Bakhytzhan Sagintayev yang turut menghadiri mesyuarat perdana menteri Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) di Dushanbe petang semalam.

Li berkata, China dan Kazakhstan rakan kongsi strategik komprehensif yang saling untung dan jiran baik yang saling percaya.

China komited mengekalkan interaksi peringkat tinggi dengan Kazakhstan, menyelaraskan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) dengan dasar ekonomi baharu Kazakhstan, di samping menggalakkan kerjasama sedia ada dan terus meneroka kerjasama baharu.

Sagintayev pula berkata, Kazakhstan dan China menjalin hubungan muhibah. Jumlah perdagangan dua hala terus meningkat, sementara kerjasama kapasiti pengeluaran berjalan lancar.

Pihaknya komited meningkatkan penyelarasan strategi pembangunan dengan China serta penaiktarafan pintu keluar masuk kedua-dua negara. Langkah juga akan diambil untuk memperbanyak kargo yang transit di Kazakhstan dan memperluas eksport hasil pertanian demi situasi menang-menang.


Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin