Menteri Luar China, Wang Yi mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatnya dari Kanada, Chrystia Freeland menerusi telefon semalam.
Freeland berkata, perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai AS, Mexico dan Kanadapatut bersifatterbuka dan inklusif, tidakwajar menjejaskan kepentingan negara lain. Pihaknya akanmenggalakkan rundingan FTA dengannegara-negara lain menurut keadaan sendiri.
Beliau juga menyatakan hasrat untuk bersama-sama pelbagai negara termasuk China mempertahankan sistem perdagangan multilateral dan menentang amalan perlindungan.
Wang Yi pula berkata, Chinasentiasa menjunjung perdagangan bebas dan sistem perdagangan multilateral yang berteraskan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) serta menentang sebarang bentukamalan perlindungan dan dwistandard.
Beliaumahu kerjasama untuk mempercepat pembinaan zon perdagangan bebas China-Kanada.