Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Tiada Negara Mampu "Bina Semula" China

2018-10-11 12:11:01 CRI

Pembangunan China tidak bergantung pada negara lain,dan tiada mana-mana negara pun yang mampu "membina semula" China.

Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kangketika mengulaskenyataan pemimpin AS bahawa perdagangan dengan China selama lebih 20 tahun lalu telah mengakibatkan defisit besar, memberi kekayaan melimpah ruahkepada China. Keadaan iniumpama AS"membina semula" China.

Beliau berkata, defisit besar yang dialami AS berpunca daripada banyakfaktor.Pada umumnya, untung rugiditentukan oleh kelebihan masing-masing dan pola pembahagian kerja antarabangsa.Ini juga pandangan ahli ekonomi AS sendiri. Tindakan ASmengehadkan eksport produk dengan nilai tambah tinggi kepada China tentulah membawa kepada defisit.Adalah tidak adil dan tidak munasabah bagi AS menuduh China dalam hal ini.

Tambah beliau, AS juga mendapat faedah besar dalam kerjasama ekonomi dengan China sejak sekian lama.Jawatankuasa Kebangsaan bagi Perdagangan AS-China menganggarkan perdagangan dengan China telah membawa penjimatan kos sara hidup sebanyakUSD850 (RM3,530)setahununtuk setiap keluarga di AS.Statistik Kementerian Perdagangan Chinamenunjukkan,jumlah jualan syarikat AS di China pada 2016 mencatat kira-kira USD606.8 bilion (RM2.52 trilion), dengan keuntungan lebih USD39bilion (RM162 bilion).Bank Deutsche dalam laporan pada Junlalu juga berpendapat AS mendapat lebih banyak keuntungan bersih dalam perdagangan dengan China.Data dan analisis tersebutmembuktikan kerjasama ekonomi antara China dengan AS adalah saling menguntungkan. Tiadamana-mana pihak yang sanggup terus berniaga jika menanggung rugi, apatah lagi selama 20 tahun.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin