Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Li Keqiang Sanjung Tinggi Sumbangan Pakar Asing

2018-10-01 13:37:58

Perdana Menteri China, Li Keqiang bertemu mesra dengan pakar asing yang menerima Anugerah Persahabatan Kerajaan China 2018 serta keluarga mereka di Dewan Besar Rakyat, Beijing petang semalam.
PM Li mengucapkan tahniah kepada pakar asing tersebut dan menyanjung tinggi sumbangan penting mereka dalam menggalakkan pembangunan sosioekonomi China dan pertukaran dalam pelbagai bidang antara China dengan negara lain.
Kata beliau, tokoh dan bakat asing komponen penting dalam sistem inovasi China, dialu-alukan memainkan peranan yang lebih besar.
Beliau berharap bakat tempatan dan asing dapat berganding bahu mendorong inovasi sains dan teknologi serta kemajuan tamadun manusia, di samping menggalakkan perkembangan globalisasi ekonomi sejagat dengan sihat.
Kerajaan China akan mencipta lebih banyak peluang secara sama rata, selain melindungi harta intelek dengan lebih ketat.
PM Li turut menekankan komitmen China untuk terus melaksanakan dasar yang lebih positif, terbuka dan berkesan untuk menarik bakat asing, sambil menyediakan lebih banyak kemudahan kepada warga asing yang bekerja di China.

Anda mungkin berminat

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin