Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Media Harus Mainkan Peranan dalam Pembangunan B&R

2018-09-21 10:59:51

Forum Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21 mengenai Komunikasi Antarabangsa ke-2 dirasmikan di Zhuhai, provinsi Guangdong semalam, anjuran bersama Kumpulan Media China (CMG) dan kerajaan provinsi Guangdong.

Pakar, sarjana dan pegawai kanan media dari pelbagai negara telah membincangkan hasil pelaksanaan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) serta kerjasama antara badan media.

Naib Presiden Radio Antarabangsa China (CRI), Hu Bangsheng dalam ucapannya berkata, B&R telah membawa kemajuan ketara sejak disarankan lima tahun lalu. Dalam konteks ini, badan media perlu menyelaraskan penyiaran mengikut keperluan pembangunan dan rakyat.

Presiden China, Xi Jinping pernah menekankan perlunya negara ini membina keupayaan penyiaran di pentas antarabangsa, bagi memaparkan imej China yang sebenar, berdimensi dan menyeluruh.

Sehubungan itu, Hu menyarankan agar media lebih memahami keadaan dan keperluan rakyat di negara-negara lain dan menghormati hukum penyiaran antarabangsa. 

Saranan lain, penyiaran secara silang budaya hendaklah dijalankan dengan perspektif yang sama rata dan lembut. Selain itu, interaksi media antara negara-negara B&R juga harus dirancakkan, untuk membolehkan media memainkan peranannya dalam pembangunan inisiatif tersebut.


Anda mungkin berminat

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin