Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Xi Jinping Ziarah Raja, Ibu Suri Kemboja

2018-09-20 11:33:00 CRI

Presiden China, Xi Jinping dan isteri, puan Peng Liyuan bersama-sama menziarahi Raja Kemboja, Norodom Sihamoni dan Ibu Suri Norodom Monineath di Rumah Tamu Negara Diaoyutai, Beijing malam semalam.

Dalam pertemuan dengan dua tetamu mulia itu, Xi Jinping berkata ikatan persahabatan China-Kemboja semakin erat dan sentiasa dinamik sejak hubungan diplomatik dijalin 60 tahun lalu.

Presiden Xi turut mengucapkan tahniah atas kemenangan kerajaan penggal baharu Kemboja dalam pilihan raya umum.

Beliau berharap Kemboja dapat mencapai kemajuan yang lebih memuaskan dalam pembangunan negara demi menjamin keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.

Raja Sihamoni dan Ibu Suri Monineath mengucapkan terima kasih atas bantuan dan sokongan yang sentiasa dihulurkan oleh kerajaan China terhadap rakyat negaranya.

Pihaknya amat menghargai usaha Presiden Xi untuk menggalakkan perkembangan hubungan Kemboja-China sejak sekian lama.


Anda mungkin berminat

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin