China akan bekerjasama dengan ASEAN untuk membentuk mekanisme bagi melindungi hak dan kepentingan syarikat ASEAN di China, termasuk harta intelek dalam perdagangan rentas sempadan termasuk e-dagang serta cap dagang.Dalam Forum Cap Dagang China-ASEAN di Nanning semalam, Timbalan Pengarah Pejabat Harta Intelek Negara China, Liu Junchen memaklumkan, kerajaan China telah menandatangani memorandum kerjasama perlindungan cap dagang dan harta intelek dengan negara-negara ASEAN.Setakat hujung Ogos tahun ini, jumlah pendaftaran cap dagang di China oleh pemohon ASEAN mencatat 45.6 ribu.
Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.