Dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, kerjasama pelaburan China di seberang laut stabil dan bertambah baik, sementara penggunaan sebenar modal asing meningkat dengan mantap. Maklum jurucakap Kementerian Perdagangan China, Gao Feng semalam, pelabur China membuat pelaburan langsung asing bukan kewangan di 153 negara dan wilayah, dengan jumlah keseluruhan mencatat USD74.09 bilion (RM306.58 bilion), meningkat 7.8% berbanding tempoh sama tahun lepas. Manakala penggunaan sebenar modal asing mencatat USD86.5 bilion (RM357.9 bilion), naik 6.1%. Antaranya, pelaburan baharu syarikat China terhadap 55 negara yang terlibat dalam inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) mencatat USD9.58 bilion (RM39.6 bilion), meningkat 12%. Kontrak projek terikat dengan negara-negara tersebut bernilai USD61 bilion (RM252.4 bilion), 44% keseluruhan kontrak yang dimeterai dengan negara asing.Dalam tempoh yang sama, penggunaan sebenar modal asing mencatat RMB560.43 bilion (RM339.18 bilion), naik 2.3%. Sebanyak 41,331 syarikat modal asing baharu ditubuhkan, bertambah 102.7%.