Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

AS Undang China Runding Isu Dagang

2018-09-14 12:12:00 CRI
Undangan AS untuk berunding mengenai isu perdagangan dialu-alukan pihak China, dan butiran berkenaan sedang dalam perbincangan.Demikian maklum jurucakap Kementerian Perdagangan China, Gao Feng semalam.Baru-baru ini, AS menyatakan kemungkinan mengenakan tarif tambahan terhadap semua produk yang diimport dari China.Gao Feng menyatakan tindakan secara sepihak itu akan menjejaskan kepentingan rakyat kedua-dua negara bahkan seluruh dunia.Kebelakangan ini, Washington terus-menerus mengeluarkan isyarat yang mungkin menjadikan pergeseran dengan China makin meruncing tanpa mempedulikan suara lingkungan industri dan pengguna domestik. Perbuatan umpama memeras ugut itu tidak akan berkesan, juga tidak membantu situasi.AS diharap mendengar suara rakyat dan mengambil tindakan pragmatik untuk memulihkan hubungan ekonomi dan perdagangan dengan China melalui dialog yang sama rata dan ikhlas.Sebelum ini, AS juga menyatakan mungkin mengenakan sekatan terhadap syarikat China dengan alasan mencuri harta intelek melalui serangan siber.Gao Feng berkata China berharap AS melayan perniagaan syarikat China secara objektif dan adil, dan jangan membuat tuduhan tidak berasas untuk dijadikan alasan bagi mengamalkan perlindungan perdagangan, supaya syarikat asing tidak hilang keyakinan terhadap pasaran AS.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin