Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) serta Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN (CABIS) ke-15 dirasmikan di Nanning, Guangxi pagi tadi.
Naib Perdana Menteri China, Han Zheng menyampaikan ucaptamapada majlisperasmian.Turut menyampaikan ucapan, Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen; Timbalan Presiden Myanmar, Myint Swe; Timbalan Perdana Menteri Vietnam, Vuong Dinh Hue; dan Timbalan Perdana Menteri Laos, Somdy Douangdy.Jugahadir, Naib Presiden Zanzibar Tanzania, Seif Ali Iddi serta pegawai kanan dari China, negara-negara ASEAN dan Sekretariat ASEAN.CAEXPO dan CABIStahun ini bertemakan "bersama-sama membina Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21, membentuk komuniti inovatif China-ASEAN".Sebanyak 29 negara yang terlibat dalam inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) menyertai CAEXPO tahun ini, yang turut melibatkan lebih 2,700 syarikat.