Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

China Minta WTO Izin Tindakan Balas terhadap AS

2018-09-12 15:15:00 CRI

Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) akan mengadakan mesyuarat khas pada 21 September bagi membincangkan dakwaan China berhubung langkah-langkah antilambakan AS.

Pada 9 September, China telah mengemukakan permohonan kepada WTO supaya diizinkan mengambil tindakan balas terhadap produk AS bernilai lebih USD7 bilion (RM29 bilion).

Seawal Disember 2013, China mengemukakan dakwaan mengenai tindakan AS mengenakan tarif antilambakan yang tidak selaras dengan peraturan WTO. Tarif tersebut melibatkan mesin, alat elektronik, industri ringan, logam dan galian.

Pada Oktober 2016, WTO mengenal pasti kesilapan pihak AS dalam menghitung tarif antilambakan terhadap produk China. Susulan itu, AS mengemukakan rayuan, namun ditolak oleh WTO pada Mei 2017.

Menurut peraturan, AS perlu membatalkan tarif tersebut sebelum 22 Ogos tahun ini. Jika tidak, China berhak mengambil tindakan balas.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin