Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Sedia Manfaatkan Ulang Tahun China-ASEAN

2018-09-12 14:38:10 CRI

Naib Perdana Menteri China, Han Zheng bertemu dengan beberapa pemimpin dari ASEAN yang berada di Nanning, Guangxi untuk menghadiri Ekspo China-ASEAN (CAEXPO)serta Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN (CABIS) ke-15, semalam.Han Zheng menyatakan China bersedia mengambil peluang daripada ulang tahun ke-15 perkongsian strategik China-ASEAN untuk meningkatkan penyelarasan dan kerjasama pragmatik dengan blok itu, di samping bersama-sama menyumbang kepada pembentukan komuniti berkongsi nasib.Dalam pertemuan dengan Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen, beliau menyarankan kedua-dua negara memanfaatkan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik untuk mempererat hubungan peringkat tinggi, meningkatkan penyelarasan strategi pembangunan, bersama-sama membangunkan "Jalur dan Laluan" (B&R), serta meneroka kerjasama pragmatik melibatkan segenap aspek.Hun Sen menyatakan penghargaan terhadap sokongan China dalam usaha Kemboja untuk membangunkan ekonomi dan membaiki kesejahteraan rakyat. Kemboja bersedia aktif menyertai pembangunan B&R demi perkongsian strategik komprehensif yang lebih erat.Han Zheng turut mengadakan pertemuan dengan Timbalan Presiden Myanmar, U Myint Swe; Timbalan Perdana Menteri Vietnam, Vuong Dinh Hue; dan Timbalan Perdana Menteri Laos, Somdy Douangdy.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin