Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

China, Afrika Selatan Rakan Iklas, Mersa, Saling Percaya

2018-09-03 13:13:58

China, Afrika Selatan Rakan Iklas, Mersa, Saling Percaya

China dan Afrika Selatan adalah rakan yang ikhlas, mesra dan saling percaya.

Demikian ujar Presiden China, Xi Jinping dalam pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa di Dewan Besar Rakyat, Bejing semalam.

Xi turut mengalu-alukan Ramaphosa bersama-sama mempengerusikan Sidang Kemuncak Beijing bagi Forum Kerjasama China-Afrika (FOCAC) 2018.

Beliau percaya, sidang kemuncak tersebut akan menyuntik momentum baharu yang kukuh kepada hubungan China-Afrika Selatan amnya dan China-Afrika khasnya.

Katanya, hubungan China-Afrika Selatan mempunyai makna yang penting bagi dunia. Sejak ikatan diplomatik dijalin 20 tahun lalu, kedua-dua pihak berpegang kepada prinsip saling hormat, saling percaya, untung bersama dan saling bergantung, hingga membuahkan hasil cemerlang dalam pelbagai usaha sama.

Kerjasama untuk tempoh 10 tahun akan datang harus dirancang secara strategik, dengan menumpukan kepada interaksi peringkat tinggi dan sesama rakyat, serta kerjasama melibatkan rangka multilateral seperti BRICS.

China, Afrika Selatan Rakan Iklas, Mersa, Saling Percaya

Ramaphosa pula mengimbas kembali lawatan Xi ke negaranya pada Julai lalu, serta kunjungannya ke China kali ini, yang pertama selaku presiden Afrika Selatan.

Pihaknya mahu menimba pengalaman China dalam pembinaan parti, pengurusan sektor korporat, di samping aktif terlibat dalam kerjasama “Jalur dan Laluan” (B&R).

Katanya, Afrika Selatan dan China mempunyai pandangan yang serupa dalam pelbagai urusan antarabangsa. Kedua-dua negara harus bergabung tenaga untuk mempertahankan multilateralisme dan sistem perdagangan antarabangsa, serta melindungi kepentingan pasaran baru muncul dan negara membangun.

Selepas pertemuan tersebut, kedua-dua presiden telah menyaksikan penandatanganan beberapa dokumen kerjasama bilateral.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin