Duta Besar China ke Indonesia,Xiao Qian menyerahkan bantuan dana sebanyak USD100ribu (RM407 ribu) kepada Palang Merah Indonesia semalam, susulan gempa kuat yang melanda Lombok, Nusa Tenggara Barat pada 5 Ogos.Turut diserahkan, barang bantuan termasuk 2,000 khemah, 2,000 tikar dan 5,000 selimut.Xiao Qianberkata China prihatin terhadap nasib rakyat Indonesia di kawasan bencana.Sebaik mendengar khabar itu, PresidenXi Jinpingserta-merta mengutus kawat takziah kepada rakan jawatnya, JokoWidodo serta rasa simpati kepada mangsa dan keluarga mereka.Xi menyatakan China bersediamenghulurkan bantuandiperlukan Indonesia,yang diyakini mampu mengharungi detik sukar ini.Kawat serupa turut diutus Menteri LuarChina, Wang Yi kepada rakan sejawatnya,Retno Marsudi.Pengerusi Eksekutif Palang Merah Indonesia,GinandjarKartasasmita berkata Chinaantarayangterawal menghulurkan bantuankepada Lombok. Halini membuktikan betapa kukuhnya persahabatan tradisionalantara kedua-dua negara.Palang Merah Indonesia mahumembincangkan kerjasama denganChina melibatkan respons kecemasan semasa bencana serta pembangunan semula kawasanterjejas.