AS Tidak Berdagang dengan Rakan Iran_malay.china.com
Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

AS Tidak Berdagang dengan Rakan Iran

2018-08-08 11:46:00 CRI

Amerika Syarikat (AS) tidak akan berdagang dengan mana-mana pihak yang berurus niaga dengan Iran, kata Presiden Donald Trump melalui akaun Twitternya semalam.

Trump mengatakan sekatan terhadap Iran yang dipulihkan bermula semalam adalah yang paling ketat setakat ini, melibatkan sektor bukan tenaga termasuk kewangan, logam, mineral dan automotif.

Rumah Putih kelmarin mengumumkan satu lagi pusingan sekatan akan dikuatkuasakan November nanti, membabitkan sektor tenaga, transaksi berkaitan petroleum dan urus niaga antara institusi kewangan asing dengan bank pusat Iran.

Trump dikatakan bersedia duduk berunding dengan pemimpin Iran pada bila-bila masa bagi mencapai perjanjian baharu mengenai isu nuklear Iran.

Pada hari yang sama, Presiden Iran, Hassan Rouhani menyatakan Iran sentiasa menyokong penyelesaian masalah melalui saluran diplomatik dan dialog. AS perlu menunjukkan keikhlasan jika hendak berunding dengan Iran.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin