Jumlah import dan eksport buah-buahan yang dikendalikan kastam Guangxi mencatat 667 ribu tan pada setengah pertama tahun ini, meningkat 22.2% berbanding tempoh sama tahun lalu.
Vietnam dan Thailand sumber import utama bagi Guangxi.
Menurut statistik terkini, buah-buahan yang diimport melalui kastam Guangxi adalah 563 ribu tan, meningkat 30.1%, dengan kira-kira tiga perempat adalah tembikai, longan dan durian.
Yang dieksport melalui Guangxi pula, kebanyakannya limau dan epal, kira-kira 104 ribu tan.