3,043 Pelancong Terkandas Dipindahkan_malay.china.com
Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

3,043 Pelancong Terkandas Dipindahkan

2018-08-07 13:25:32

Seramai 3,043 pelancong yang terkandas di pulau-pulau sekitar Lombok, Nusa Tenggara Barat, Indonesia telah dipindahkan ke tempat selamat.

Maklum Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) semalam, masih terdapat ramai yang terkandas sedang menunggu bantuan. 

Gempa bermagnitud 7.0 yang melanda Lombok kelmarin mengakibatkan beberapa  tempat peranginan di barat laut pulau itu terjejas teruk. 

Basarnas, Agensi Pencegahan Bencana Nasional (BNPB), polis tentera dan agensi perubatan tempatan segera melancarkan operasi respons kecemasan. 

Pejabat Konsul Jeneral China ke Denpasar petang semalam mengesahkan 39 pelancong China sudah dipindahkan dan sebahagiannya telah meninggalkan Lombok dengan menaiki kapal terbang.

Pada hari yang sama, jurucakap BNPB, Sutopo Purwo Nugroho memaklumkan melalui media sosial, gempa di Lombok telah meragut sekurang-kurangnya 98 nyawa dan mencederakan 236 orang selain merosakkan ribuan bangunan. Jumlah kematian, kecederaan dan kerugian harta benda dijangka terus bertambah.   



Anda mungkin berminat

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin