AS Pulih Sekatan atas Iran_malay.china.com
Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

AS Pulih Sekatan atas Iran

2018-08-07 13:24:35

Washington memulihkan sekatan terhadap Iran yang melibatkan sektor bukan tenaga bermula hari ini. 

Rumah Putih semalam mengumumkan sekatan melibatkan pemerolehan nota bank AS oleh Iran, perdagangan logam berharga termasuk emas, selain grafit, keluli, aluminium dan batu arang serta perisian yang digunakan dalam proses perindustrian.

Kesannya juga akan dilihat dalam transaksi melibatkan rial Iran, penerbitan hutang negara dan industri automotif. 

Satu lagi pusingan sekatan akan dikuatkuasakan pada 5 November, membabitkan pengendali pelabuhan, sektor tenaga, perkapalan dan pembinaan kapal, transaksi berkaitan petroleum serta urus niaga antara institusi kewangan asing dengan bank pusat Iran.

Pada hari sama, Akta Penyekatan Kesatuan Eropah (EU) yang baru dikemas kini dikuatkuasakan serta-merta sebagai langkah balas terhadap sekatan Washington ke atas Iran.

Akta itu, yang diperkenalkan pada 1996 sebagai respons terhadap undang-undang sekatan luar wilayah AS, dipinda pada 6 Jun supaya skopnya diperluas hingga meliputi sekatan AS ke atas Iran.

Menurut akta itu, penduduk dan syarikat EU tidak perlu mematuhi undang-undang sekatan AS tersebut kecuali mendapat izin Suruhanjaya Eropah.


Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin