82 Maut Gempa Susulan di Lombok_malay.china.com
Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

82 Maut Gempa Susulan di Lombok

2018-08-06 13:05:27

Gempa susulan berukuran 7.0 pada skala Richter yang melanda pulau Lombok, Nusa Tenggara Barat, Indonesia telah mengakibatkan 82 maut dan ratusan lagi cedera.

Jurucakap agensi bencana kebangsaan Indonesia, Sutopo Purwo Nugroho melalui Twitter pagi tadi memaklumkan Lombok Utara paling teruk terjejas, dengan jumlah kematian 65. Angka ini dijangka terus naik.

Pasukan penyelamat yang terdiri daripada beberapa jabatan sedang menjalankan bantuan kecemasan termasuk memindahkan mangsa ke tempat selamat.

Menurut laman sesawang agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia, gempa susulan berlaku pada pukul 6.46 petang semalam waktu tempatan, berpusatkan daratan utara Lombok pada kedalaman 15 kilometer.

Agensi itu turut mengeluarkan amaran tsunami, tetapi ditarik balik dua jam kemudian.


Anda mungkin berminat

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin