Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

AS Hanya "Angan-angan Mat Jenin"

2018-08-05 14:13:02 CRI

Suruhanjaya Tarif Kastam Dewan Negara China malamkelmarin mengumumkan keputusan untuk mengenakan tarif pada empat kadar berbeza iaitu 25%, 20%, 10% dan 5% terhadap produk AS bernilai kira-kira USD60 bilion (RM244 bilion) yang melibatkan 5,207 item.

Susulanitu, Pengarah Majlis Ekonomi Negara AS,Larry Kudlowdalam ulasannya yang diterbitkan melalui beberapa media, memberi amaransupaya China jangan memandang rendah kemampuan PresidenDonald Trumpmenepati janji dalam perdagangan.

Katanya, AS akan menubuhkansatu kem sekutu yangdisertai negara Kesatuan Eropah (EU), Mexico, Jepun dan Australia untuk memberi tekanan kepada Chinadalam isu perdagangan.

Selain itu,Kanada juga dijangkaikut sertasekiranya rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utaraberjalan lancar.

Niat AS hendak menubuhkan kem seumpama itu boleh dikatakan hanya sekadar "angan-angan Mat Jenin".Ini kerana rundingan berkenaan dijangka mengambilmasa bertahun-tahun lamanya. Tetapi melalui kenyataan yang keluar dari mulut Kudlow, seolah-olah rundingan itu dapat selesai dalam masa beberapa minggu sahaja.

Menurut analisisakhbarFinancial Times, walaupun EUdan AS telahmenghentikan perang dagangbuat sementara waktu selepaskontrak pembelian kacang soyadari AS diikat, namun pasarankacang soya di EUamatterhad.

Penyelidik daripadaPersekutuan Biro Peladang Amerika berpandangan bahawa tiada mana-mana pasaranlain yang mampu menebus kerugianakibat kehilangan pasaran China.

Oleh itu, rundingan perdagangan dengan EU boleh dikatakanhanyalah khayalan bagi AS.Sekalipun EU terpaksa membuka pasaran pertaniannya,kaum tani di AS jugatidak akan berpuas hati.

Dalam pada itu, adalah bijak bagi entiti-entiti ekonomi utama seperti China, AS, EU dan Jepun untukduduk semeja membincangkan langkah pembaharuan WTO bagi memastikanpergeseran perdagangan dapat diselesaikandalamlingkungan WTO, bukannyamerujuk kepada undang-undang domestikdan mengenakantarif punitif.Cara sebegini akanmembawa manfaat kepada seluruh dunia.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin