Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

China, Indonesia Ikrar Intensif Hubungan

2018-08-04 16:13:01 CRI

China dan Indonesia tulang belakang bagi kedamaian dan pembangunan Asia. Hubungan antara kedua-dua negara signifikan dari segi strategik, baik di peringkat serantau mahupun dunia.

Kedua-dua negara harus memperkukuh kerjasama strategik dan rasa saling percaya bagi membawa kemajuan lebih besar dalam hubungan bilateral.

Menteri Luar China, Wang Yi berkata demikian dalam pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Indonesia, Retno Marsudi, di luar agenda mesyuarat menteri luar kerjasama Asia Timur di Singapura semalam.

Beliau menyatakan konsensus yang dicapai hasil lawatan Perdana Menteri China, Li Keqiang ke Jakarta sebelum ini hendaklah dilaksanakan sepenuhnya bagi menggalakkan kerjasama melibatkan projek landasan kereta api laju (HSR) Jakarta-Bandung dan koridor ekonomi komprehensif serantau.

Marsudi pula berkata selaku dua negara besar di rantau ini, Indonesia dan China adalah jiran dan rakan yang baik. Pertukaran dan kerjasama yang semakin rancak bukan sahaja menguntungkan rakyat kedua-dua negara, malah seluruh rantau dan dunia.

Indonesia yang bakal mengambil alih jawatan anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB (UNSC) tahun depan, mahu memperdalam komunikasi dan kerjasama dengan China berhubung hal ehwal antarabangsa.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin