Presiden Xi Hadiri Mesyuarat Tidak Rasmi BRICS_malay.china.com
Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Presiden Xi Hadiri Mesyuarat Tidak Rasmi BRICS

2018-07-28 15:14:29

Presiden Xi Hadiri Mesyuarat Tidak Rasmi BRICS

Mesyuarat Tidak Rasmi memperingati ulang tahun ke-10 Sidang Kemuncak BRICS diadakan di Johannesburg, Afrika Selatan semalam. Presiden China, Xi Jinping, dan pemimpin dari Afrika Selatan, Brazil, Rusia dan India menghadiri mesyuarat tersebut.

Para pemimpin menilai tinggi kerjasama BRICS dalam tempoh 10 tahun lalu yang membuahkan hasil cemerlang dan komited melakar masa depan bersama.

Presiden Xi ketika berucap dalam mesyuarat itu menegaskan, kerjasama BRICS berkembang menjadi mekanisme kerjasama antarabangsa yang berpengaruh besar dan berprospek cerah melalui pembangunan 10 tahun lalu. 10 tahun yang akan datang menjadi 10 tahun yang amat penting bagi negara-negara BRICS untuk menghadapi peluang dan cabaran. Negara-negara BRICS perlu menumpu perhatian kepada keamanan dan pembangunan, memegang peluang dalam revolusi sains dan teknologi dan transformasi perindustrian pusingan baharu, mengikut arus multi-polarisasi dan globalisasi ekonomi demi mewujudkan "dekad keemasan" kedua bagi kerjasama BRICS.

Pemimpin-pemimpin yang lain pula menyatakan, kini kerjasama BRICS menghadapi peluang bersejarah. Pelbagai pihak perlu berganding bahu mengekalkan multilateralisme, menentang unilateralisme, menghargai nilai BRICS, memupuk konsep BRICS, memperkasakan kerjasama yang saling menguntungkan dalam bidang ekonomi dan perdagangan, serta keselamatan politik, mengeratkan pertukaran kebudayaan, terus mengukuhkan hubungan rakan strategik BRICS, supaya kerjasama BRICS dapat memcapai hasil yang lebih gemilang pada dekad kedua.

 

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin