Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Xi Jinping Temu Presiden Rwanda

2018-07-24 14:16:01 CRI

Xi Jinping Temu Presiden Rwanda

Presiden China, Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Rwanda, Paul Kagame di Kigali semalam.

Pemimpin kedua-dua negara menyanjung tinggi perkembangan hubungan dua hala sejak hubungan diplomatik dijalinkan 47 tahun lalu, dan bersetuju untuk memperkasakan kerjasama yang saling menguntungkan untuk memberi lebih banyak faedah kepada rakyat kedua-dua negara.

Xi Jinping Temu Presiden Rwanda

Xi berkata, kedua-dua pihak harus memandang ikatan dua hala dari segi strategik dan jangka panjang, selain menyokong isu-isu yang menjadi perhatian bersama dan kepentingan asas satu sama lain, serta saling melengkapi dalam kerjasama.

China mengalu-alukan Rwanda menyertai kerjasama antarabangsa di bawah rangka inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R), di samping menggalakkan syarikat sendiri melabur di negara itu untuk membantu proses pengindustrian dan pemodenan.

Paul Kagame pula berkata, China merupakan kawan sejati Afrika. Beliau menyatakan terima kasih kepada China atas bantuan dalam pembinaan infrastruktur, pertanian dan pendidikan, yang banyak menyumbang kepada peningkatan kesejahteraan rakyat Rwanda.

Beliau bersedia bersama-sama China membangunkan Forum Kerjasama China-Afrika demi manfaat bersama rakyat kedua-dua pihak.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin