Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

China, Myanmar Ikrar Kukuh Kerjasama

2018-07-11 16:48:01 CRI

China dan Myanmar berikrar untukmemperkukuh persahabatan tradisional serta pertukaran dan kerjasama.Janji itu dibuat dalam pertemuan antara PengerusiLiga Demokrasi Kebangsaan (NLD) Myanmar yang juga Penasihat Negara, Aung San Suu Kyi dengan delegasi Parti Komunis China (PKC) yang diketuai ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC, Huang Kunming di Naypyitaw semalam.Huang, yang juga ketua Jabatan Penerangan Jawatankuasa Pusat PKC, menyatakan bahawa China menyokong usaha Myanmar untuk memelihara kedamaian dan kestabilan dalam negerisertamemajukan pembangunannegara.Kedua-dua pihak hendaklah melaksanakankonsensus pentingyang sudah dicapai, meningkatkan perkongsian pengalaman pentadbiran, memperdalam pertukaran budaya dan pendidikan, dan melonjakkan perkongsian strategik komprehensif ke tahap baharu.Suu Kyi pula menyatakan Myanmar dan China sahabat danjiran yang baik, sambilmerakamkan ucapan terima kasih atas bantuan dan sokongan China sejak sekian lama.Myanmar bersedia bersama-sama China mempererat hubungan peringkat tinggi,mempercepat pembangunan koridor ekonomi danterus memperkukuh ikatan bilateral.Dalam rangka lawatan di Myanmar, Huang Kunming juga menghadiri majlis pelancaran buku "Xi Jinping: Pentadbiran China" edisi bahasa Myanmar yang berlangsung serentak dengan simposium China dan Myanmar mengenai tadbir urus negara.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin