Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

China Mampu Atasi Kerugian Perang Dagang

2018-07-10 15:17:04 CRI

Tiada pihak yang akan menjadi pemenang dalam perang perdagangan. Dalam perang berskala paling besar dalam sejarah ekonomi manusia ini, China dan AS tentu menanggung kerugian. China sudah membuat penilaian dan menyusun rancangan untuk mengatasinya.

Pada 9 Julai, jurucakap Kementerian Perdagangan China memaklumkan bahawa China telah mempertimbangkan pengganti bagi produk yang diimport dari AS, serta menilai kesan keseluruhannya terhadap perdagangan dan pelaburan.

China akan terus menilai kesan tarif baharu AS ke atas pelbagai jenis syarikat, dan mengurangkan impak kepada syarikat dan staf berkenaan melalui hasil kutipan tarif balas terhadap AS.

Syarikat digalakkan mengubah suai struktur import dan menambah import produk pertanian seperti kacang soya, produk akuatik dan automobil dari sumber lain.

China akan menggunakan modal asing secara berkesan, menggalakkan pembangunan ekonomi berkualiti, meningkatkan perlindungan terhadap kepentingan syarikat dan membaiki persekitaran pelaburan.

Menurut penganalisis, tarif baharu AS terhadap produk China bernilai USD34 bilion (RM137 bilion) akan memberi tempias kepada sesetengah syarikat, malah membawa impak kepada kehidupan rakyat biasa di China.

Kerajaan China sebelum ini bertegas "tidak mahu berperang". Namun, China tidak dapat mengelak daripada terlibat dalam perang perdagangan itu. Ini kerana dari mula lagi, AS sudah pun menyemai niat berperang dagang dengan China. Tujuannya bukan untuk mengatasi masalah defisit dan ketidakseimbangan perdagangan AS sendiri, tetapi kemungkinan untuk mengekang kebangkitan China terutamanya dalam sektor inovasi teknologi tinggi.

China tiada pilihan selain mengambil tindakan balas sewajarnya demi kepentingan teras negara dan rakyat.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin