Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Pihak Beralah Juga Rugi

2018-07-10 11:48:02 CRI

Tindakan Washington mencetuskan perang perdaganganmengundanglangkah balas pelbagai negara.

Selepas Kanadamenambah tarif terhadap produk AS bernilai USD12.6 bilion (RM51 bilion), Mexico menaikkan lagi tarif terhadap produk AS bernilai USD3 bilion (RM12 bilion).China jugatiada pilihan selain mengambil tindakan balas sewajarnya, menambah tarif terhadap produk AS bernilai USD34 bilion (RM137 bilion).Tindakan serupa turut diambil oleh pihak Rusia.

Diramalkan banyak lagi negara akan terlibat dalam perang perdagangan yang bersangkut paut dengan kepentingan dalam rantaian industri global.

Dalam pada itu, pihak-pihak yang sebelum ini beralah dinasihatkan supaya jangan membiarkan perang perdagangan itu berlarutan kerana kepentingannya sendiri akan turut terjejas.

Nasihat kepada pihak beralah, jangan lupa siapa pencetus perang perdagangan.

Perang dicetuskan oleh AS, sedangkan Kanada, China dan Mexico antara yang mengambil tindakan balas. Oleh itu, perang tentu ditamatkan melalui tindakan kerajaan AS.

Kedua, jangan hanya berdiri di tepi.

Menurut statistik, setakat 8 Julai, tarifbalas yang dikenakan pelbagai negara terhadap produk AS mencatat kira-kira USD75 bilion (RM300 bilion), USD34 bilion(RM137 bilion)daripadanya dikenakan oleh China. Oleh itu, perang itu kelihatan seperti melibatkan hanya dua negara, iaitu AS dan China sahaja.

Namun, menurut hasil penyelidikan Universiti Syracuse AS, 87% produk China yang dikenakan tarif baharu AS adalah keluaran syarikat multinasional.

Maka, tiada yang terlepas daripada tempias perang. Semua pihakperlu mengambil tindakan balas sewajarnya.

Ketiga, jangan "menembak orang dari belakang".

Dalam era globalisasi ini, apabila perang perdagangan dicetuskan oleh satu pihak, pihak lainharus bersama-samameminimumkan impak daripada unilateralisme danamalan perlindungan perdagangan bagi mengelakkan ekonomi global terjejas.

China, negara yang bersedia memikul tanggungjawab, kini berada dibarisan hadapan. Dalamkonteks ini,mudah-mudahan tiadayang menembak dari belakang kerana mungkin nasib serupa akan menantinya.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin