Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

China, AS Komited Kawal Risiko demi Pembangunan Hubungan Bilateral

2018-06-27 21:28:49

China, AS Komited Kawal Risiko demi Pembangunan Hubungan Bilateral

Hubungan antara China dengan Amerika Syarikat (AS) merupakan salah satu hubungan dua hala yang paling penting di dunia pada masa ini. 

Pertukaran antara kedua-dua negara terbukti dikekalkan dengan baik sejak hubungan diplomatik dua hala dijalinkan 40 tahun yang lalu. Rakyat kedua-dua negara juga dapat menikmati hasil yang tercapai dalam hubungan bilateral tersebut yang berkembang secara stabil. Hal ini dilihat membawa manfaat kepada keamanan dan kemakmuran serantau bahkan seluruh dunia. 

Demikian ujar Presiden China, Xi Jinping ketika mengadakan pertemuan dua hala dengan Setiausaha Pertahanan AS, James N. Mattis di Dewan Rakyat Beijing petang tadi. Xi menegaskan bahawa China dan AS memiliki kepentingan bersama yang menyeluruh dalam pelbagai bidang. Dalam konteks ini, kedua-dua negara patut terus mempererat hubungan dua hala berlandaskan prinsip saling menghormati dan bekerjasama. 

China, AS Komited Kawal Risiko demi Pembangunan Hubungan Bilateral

Tambah beliau, interaksi angkatan tentera dari pelbagai lapisan harus diperhebat supaya mengelakkan salah faham dan berlakunya kecurigaan antara satu sama lain.

Mattis berkata, hubungan angkatan tentera AS dengan China dilihat memainkan peranan signifikan yang bersifat membina dalam perkembangan hubungan dua hala. AS bersedia memperkasakan komunikasi strategi, memperluas kerjasama yang saling menguntungkan dengan China, selain mengambil langkah-langkah untuk mengawal risiko dan mengelakkan berlakunya konfrontasi.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin