Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Xi: Buka Dimensi Baharu Diplomasi Bercirikan China

2018-06-24 14:58:52
1317314_2018062414585779291300.jpg

Presiden Xi Jinping mahu usaha dilipatgandakan untuk membuka dimensi baharu diplomasi negara besar yang bercirikan China, dengan berpandukan pemikiran diplomasi sosialisme bercirikan China pada era baharu.

Dalam persidangan kerja kerajaan pusat mengenai hal ehwal luar, Xi menekankan perlunya memfokuskan perjuangan demi merealisasikan kebangkitan bangsa dan menggalakkan kemajuan umat manusia, serta membuat sumbangan kepada pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Xi, yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), turut menggesa semua pihak dengan teguh mempertahankan kedaulatan, keselamatan dan kepentingan pembangunan negara, di samping aktif menyertai pembaharuan sistem tadbir urus global dan menjalin rangkaian perkongsian global yang lebih sempurna.

Beliau menyatakan bahawa dalam tempoh lima tahun akan datang, panji komuniti berkongsi nasib sesama insan harus dijunjung untuk membantu menjadikan sistem tadbir urus global lebih adil dan rasional, sementara pembangunan "Jalur dan Laluan" (B&R) hendaklah diperkukuh dan diperdalam berdasarkan prinsip berunding bersama, membangun bersama dan berkongsi.

Xi juga menekankan perlunya terus mengendalikan hubungan luar negara secara baik, termasuk dengan kuasa besar, negara-negara jiran dan negara-negara membangun, bagi menyingkap lembaran baharu pembangunan bersama.

Persidangan yang berlangsung pada 22 hingga 23 Jun itu dihadiri semua anggota Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC serta Naib Presiden China, Wang Qishan.

Hasil paling penting persidangan itu adalah menentukan kedudukan pemikiran diplomasi Xi Jinping sebagai panduan bagi hal ehwal luar China pada era baharu ini.



Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin