Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

China Sambut Baik Hasil Pertemuan Kim-Trump

2018-06-13 17:41:08

Kementerian Luar China mengeluarkan kenyataan tentang pertemuan pemimpin tertinggi Republik Rakyat Demokratik Korea, Kim Jong-un dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump di Singapura semalam.


Menurut kenyataan itu, pertemuan itu merupakan kemajuan penting dalam pelucutan senjata nuklear di Semenanjung Korea melalui saluran politik. China menyambut baik usaha pemimpin kedua-dua negara dan mengalu-alukan hasil yang dicapai dalam pertemuan itu.


Menurut kenyataan itu, pelucutan senjata nuklear di Semenanjung Korea, penamatan permusuhan selama lebih 60 tahun di Semenanjung, dan membina kedamaian dan kemakmuran berkekalan di Semenanjung itu sesuai dengan arus perkembangan zaman ini, juga hasrat bersama masyarakat antarabangsa.


Kementerian Luar China dalam kenyataan itu menekankan, China berpegang pada prinsip memelihara kedamaian dan kestabilan Semenanjung Korea, menyokong penyelesaian perselisihan melalui dialog dan sentiasa berusaha ke arah tersebut. Hasil yang baik pertemuan pemimpin DPRK-AS amat dialu-alukan. China berharap kedua-dua pihak terus berunding, memperkukuh dan meluaskan hasil pertemuan demi penyelesaikan isu Semenanjung Korea melalui politik.



Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin