Sidang Kemuncak Qingdao Melakar Cetak Biru SCO_malay.china.com
Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Sidang Kemuncak Qingdao Melakar Cetak Biru SCO

2018-06-10 14:56:55

Mesyuarat ke-18 Lembaga Pemimpin Negara Anggota Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) diadakan di Qingdao, provinsi Shandong pagi tadi.

Presiden China, Xi Jinping yang mempengerusikan mesyuarat kali ini menyampaikan ucapan yang bertajuk "Semarakkan Semangat Shanghai, Bina Komuniti Berkongsi Nasib".

Xi Jinping dalam ucapannya berkata, SCO telah mencapai kejayaan yang besar sejak ditubuhkan 17 tahun yang lalu. Berdasarkan Piagam SCO dan Perjanjian Kejiranan Baik dan Kerjasama dalam Jangka Panjang Negara Anggota SCO, negara-negara anggota telah menjalin perkongsian yang bersifat membina berdasarkan prinsip berkecuali, tidak berkonfrontasi dan tidak menyasarkan pihak ketiga. Beliau memuji hubungan ini satu inovasi yang penting bagi teori dan amalan hubungan antarabangsa, yang telah mencipta model baharu kerjasama serantau, di samping memberikan sumbangan baharu kepada kedamaian dan pembangunan serantau.

Xi menekankan, SCO sekarang adalah pertubuhan kerjasama serantau yang meliputi kawasan yang paling luas dan populasi yang paling ramai di dunia. Pertubuhan ini mempunyai empat negara pemerhati dan enam buah rakan dialog, selain menjalin hubungan kerjasama yang meluas dengan pertubuhan antarabangsa dan serantau termasuk Pertubunan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). SCO kini memainkan peranan penting yang tidak dapat diabaikan dalam menggalakkan kedamaian dan pembangunan dunia serta memelihara kesaksamaan dan keadilan antarabangsa. 

Berhubung dengan hegemoni dan politik kuasa yang masih wujud serta masyarakat antarabangsa masih menghadapi pelbagai ancaman keselamatan, Xi berkata, SCO perlu terus menyemarakkan Semangat Shanghai bagi menyelesaikan isu zaman ini dan mengatasi risiko dan cabaran. 

Beliau dengan pemimpin negara anggota SCO mengemukakan lima konsep berkenaan, iaitu perlu mengamalkan konsep pembangunan yang inovatif, terselaras, hijau, terbuka dan berkongsi, melaksanakan konsep keselamatan yang bersama, bersepadu, bekerjasama dan berterusan, mematuhi konsep kerjasama yang terbuka, saling hubung, saling menguntungkan dan menang-menang, membina konsep tamadun yang sama rata, saling membelajari, dialog dan toleransi, dan mengekalkan konsep pentadbiran dunia yang bermesyuarat, membina bersama dan berkongsi. 

Xi menyatakan, SCO perlu melaksanakan garis panduan membanteras kumpulan pemisah, pelampau dan pengganas tahun 2019 hingga 2021, memperkasakan kerjasama pertahanan, penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maklumat demi memperkukuh asas keamanan bersama. China akan mengambil pelbagai tindakan dalam tempoh tiga tahun akan datang. Antaranya termasuk melatih 2,000 orang penguatkuasa, menyokong pembinaan zon demonstrasi kerjasama ekonomi dan perdagangan setempat China-SCO di Qingdao, menubuhkan Jawatankuasa Perkhidmatan Perundangan China-SCO, menyediakan dana pinjaman khas yang bernilai RMB30 bilion dalam rangka gabungan bank SCO, dan membekalkan perkhidmatan meteorologi kepada pelbagai pihak. 

Tambah beliau lagi, China bersedia berganding bahu dengan negara anggota SCO agar melaksanakan konsensus sidang kemuncak kali ini dengan sepenuhnya. 

China juga akan memberi sokongan kepada Kyrgyzstan yang dipilih sebagi negara pengerusi Sidang Kemuncak SCO penggal baharu dalam kerja persiapan berkenaan.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin