Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Xi Jinping: SCO Teroka Model Baharu Kerjasama Serantau

2018-06-10 12:24:16

Presiden China, Xi Jinping hari ini menyatakan, Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) telah mencapai kejayaan yang besar sejak ditubuhkan 17 tahun yang lalu. Berdasarkan Piagam SCO dan Perjanjian Kejiranan Baik dan Kerjasama dalam Jangka Panjang Negara Anggota SCO, negara-negara anggota telah menjalin perkongsian yang bersifat membina berdasarkan prinsip berkecuali, tidak berkonfrontasi dan tidak menyasarkan pihak ketiga. Beliau memuji hubungan ini satu inovasi yang penting bagi teori dan amalan hubungan antarabangsa, yang telah mencipta model baharu kerjasama serantau, di samping memberikan sumbangan baharu kepada kedamaian dan pembangunan serantau.

Xi menekankan, SCO sekarang adalah pertubuhan kerjasama serantau yang meliputi kawasan yang paling luas dan populasi yang paling ramai di dunia. Pertubuhan ini mempunyai empat negara pemerhati dan enam buah rakan dialog, selain menjalin hubungan kerjasama yang meluas dengan pertubuhan antarabangsa dan serantau termasuk Pertubunan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). SCO kini memainkan peranan penting yang tidak dapat diabaikan dalam menggalakkan kedamaian dan pembangunan dunia serta memelihara kesaksamaan dan keadilan antarabangsa.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin