Xi Jinping Bersama-sama Putin Tonton Perlawanan Hoki Ais Belia_malay.china.com
Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Xi Jinping Bersama-sama Putin Tonton Perlawanan Hoki Ais Belia

2018-06-09 15:35:32

Presiden China, Xi Jinping bersama-sama dengan rakan sejawatnya dari Rusia, Viladimir Putin menonton perlawanan persahabatan hoki ais belia China-Rusia di Tianjin malam semalam.

Suasana Stadium Tianjin sangat meriah dengan dibanjiri lebih 7,000 penonton. Sebelum perlawanan itu bermula, Presiden Xi dan Putin diatur sesi ambil gambar beramai-ramai dengan skuad kedua-dua pihak dan kemudian, menggalakkan mereka meningkatkan pertukaran antara satu sama lain. Atlet kedua-dua skuad itu telah menghadiahkan jersi masing-masing kepada Presiden Xi Jinping dan Putin.

Sebelum ini, kedua-dua pemimpin itu memilih menaiki Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) untuk perjalanan dari Beijing ke Tianjin, dan juga memilih HSR itu sebagai tapak yang menyaksikan penandatanganan dokumen kerjasama dua hala yang melibatkan landasan kereta api dan pengangkutan kargo. 


Anda mungkin berminat

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin