Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

China Sokong DPRK, Korea Selatan Baik Pulih Hubungan

2018-05-17 18:21:28

 China menyokong Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) dan Korea Selatan membaik pulih hubungan bilateral, dan akan terus menggalakkan dialog dua hala antara DPRK dengan Amerika Syarikat (AS) demi mewujudkan pelucutan senjata nuklear di Semenanjung Korea.

 Demikian dinyatakan oleh Presiden China, Xi Jinping ketika mengadakan pertemuan dengan delegasi muhibah yang diketuai oleh Park Tae-sung, Ahli Biro Politik Pusat Parti Pekerja Korea (WPK) dari DPRK di Beijing pada 16 Mei lalu.

Xi berkata, China menyokong usaha DPRK memangkin pertumbuhan ekonomi dan menambah baik kesejahteraan rakyat. Kedua-dua negara diharap dapat terus memperluas pertukaran dalam tadbir urus parti dan negara masing-masing.

Park Tae-sung berkata, lawatan delegasi WPK ke Beijing kali ini bertujuan untuk mempercepat pelaksanaan perjanjian yang telah dicapai antara pemimpin kedua-dua negara sebelum ini, selain menimba pengalaman China dalam sektor ekonomi dan keterbukaan.    


Anda mungkin berminat

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin