Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Rumah Putih Harap Pertemuan Pemimpin Diadakan Menurut Jadual

2018-05-17 15:00:27

Rumah Putih Amerika Syarikat (AS) tetap berharap pertemuan yang diatur antara pemimpin AS dengan Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) dapat diadakan menurut jadual.

Jurucakap, Sarah Sanders dalam taklimat media semalam berkata pihaknya akan membuat persiapan untuk rundingan yang dilihat sebagai mencabar itu.

Pada hari yang sama, Naib Menteri Luar pertama DPRK, Kim Kye-gwan menyatakan pihaknya sudah pun menunjukkan kesediaan jelas untuk mewujudkan Semenanjung Korea yang bebas senjata nuklear.

DPRK bagaimanapun mungkin mempertimbangkan semula pertemuan pemimpin itu sekiranya dipaksa melucutkan program nuklear secara sepihak.

DPRK turut mengumumkan penangguhan mesyuarat peringkat tinggi dengan Korea Selatan yang dijadualkan semalam, ekoran latihan ketenteraan bersama besar-besaran Korea Selatan dengan AS yang menyasarkan negara itu.

Kenyataan DPRK itu telah mencetuskan reaksi daripada Rumah Putih, Jabatan Negara dan Jabatan Pertahanan AS.

Jabatan Negara menyatakan pihaknya akan meneruskan kerja persiapan bagi pertemuan berkenaan kerana masih belum menerima maklumat daripada DPRK tentang pembatalan pertemuan itu.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin