Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

PBB Sokong Usaha EU Selamatkan Perjanjian Nuklear Iran

2018-05-17 13:31:05

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menyokong usaha Kesatuan Eropah (EU) menyelamatkan perjanjian komprehensif mengenai isu nuklear Iran.

 Demikian kata Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres di Brussels semalam.

Pada hari yang sama, Guterres telah melawat ibu pejabat EU serta mengadakan pertemuan dengan Presiden Suruhanjaya Eropah, Jean-Claude Juncker dan Wakil Tinggi EU bagi Hal Ehwal Luar dan Keselamatan, Federica Mogherini.

Dalam sidang akhbar selepas itu, Guterres berkata dunia yang didiami kini amat berbahaya. Untuk kali pertama sejak berdekad-dekad lalu, mekanisme pengawalan senjata nuklear berdepan keraguan, menjadikan mekanisme tadbir urus multilateral dan hubungan antarabangsa yang teratur semakin mustahak.

Beliau memuji peranan yang dimainkan EU dalam usaha berkenaan, dan menegaskan sokongan penuh pihaknya terhadap semua usaha EU untuk mempertahankan perjanjian nuklear Iran.

Juncker pula menegaskan semula komitmen EU terhadap perjanjian tersebut, dan menganggap usaha itu amat penting bagi memelihara kedamaian serantau bahkan dunia.

Dalam perkembangan yang sama, Mogherini telah mempengerusikan rundingan melibatkan menteri luar dari Perancis, Jerman dan Britain, serta rundingan mereka dengan Menteri Luar Iran kelmarin.

Mogherini menyatakan bahawa EU serta Perancis, Jerman dan Britain akan terus melaksanakan perjanjian nuklear Iran dan meneruskan rundingan secara mendalam dengan negara itu pada beberapa minggu akan datang. Ini bagi menangani cabaran ekoran tindakan AS melaksanakan semula sekatan ke atas Iran.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin