Sidang Tahunan ke-74 ESCAP di Bangkok_malay.china.com
Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Sidang Tahunan ke-74 ESCAP di Bangkok

2018-05-16 13:10:14

Sidang tahunan ke-74 Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Asia dan Pasifik (ESCAP) diadakan di Bangkok, Thailand.
Sidang tiga hari bermula 14 Mei itu dihadiri kira-kira 500 peserta, termasuk Setiausaha Eksekutif pertubuhan itu, Dr. Shamshad Akhtar dan Menteri Luar Thailand, Don Pramudwinai, serta delegasi China yang diketuai Penolong Menteri Luar, Zhang Jun.
Dalam tempoh sidang, perdebatan umum dijalankan berdasarkan tema ketaksamaan dalam konteks Agenda 2030 mengenai pembangunan mapan, selain perdebatan khas melibatkan multilateralisme dan teknologi terdepan.
Zhang Jun telah membentangkan pandangan China tentang situasi ekonomi dunia dan saranan kerjasama di Asia Pasifik.
Beliau menekankan kesignifikanan multilateralisme dalam situasi semasa, di samping menyatakan kesungguhan China untuk mempergiat kerjasama antarabangsa dalam rangka inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R), dengan prinsip berunding bersama, membangun bersama dan berkongsi.
Katanya, China negara besar yang bertanggungjawab, komited untuk terus menggalakkan multileteralisme.
Dalam tempoh sidang itu, Zhang Jun dan Akhtar telah bertukar-tukar pendapat mengenai kerjasama China dengan ESCAP serta pelaksanaan Agenda 2030.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin