Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Xi Jinping Ditemui Ban Ki-moon

2018-05-16 11:53:01

Presiden China, Xi Jinping telah ditemui Pengerusi Lembaga Forum Asia Boao (BFA), Ban Ki-moon di Dewan Besar Rakyat di Beijing semalam.

Xi menyatakan bahawa BFA ditubuhkan pada awal abad ini untuk membolehkan negara-negara Asia bergabung tenaga, mewujudkan pembangunan, mengatasi cabaran dan meningkatkan pengaruh dunia.

Matlamat BFA adalah untuk mendorong integrasi ekonomi Asia serta pertukaran dan kerjasama antara negara-negara di rantau ini dengan negara luar demi keuntungan bersama. Penubuhan dan perkembangan BFA berkait rapat dengan proses pembaharuan dan keterbukaan China.

BFA diharap terus mengikut arus sezaman, menfokuskan entiti ekonomi Asia dan pasaran baru muncul serta isu-isu pembangunan dunia. Kata Xi, ini penting bagi melahirkan gagasan tersendiri untuk menyelesaikan isu-isu tersebut, menyempurnakan tadbir urus ekonomi, sekali gus mewujudkan pembangunan lestari dan kemakmuran buat semua.

China selaku tuan rumah BFA sentiasa menyokong pembangunan forum ini serta usaha yang dilakukan untuk meningkatkan pengaruhnya.

Dalam pertemuan itu, Ban Ki-moon merakamkan terima kasih kepada kerajaan China atas sokongan kuat terhadap BFA.

Pada keadaan semasa, BFA perlu mengeluarkan isyarat jelas yang menyokong globalisasi dan perdagangan bebas. BFA juga akan memanfaatkan inisiatif “Jalur dan Laluan" (B&R) untuk memacu keterbukaan dan inovasi di Asia.

Kata beliau, forum ini perlu menjadi platform untuk menggalakkan seluruh umat manusia hidup bersama secara harmoni, di samping menyumbang kepada pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan, berasaskan perspektif Asia.


Anda mungkin berminat

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin