Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Masih Wujud Peluang untuk Saling Untung

2018-05-16 11:04:50

Masih Wujud Peluang untuk Saling Untung

Dialog pusingan ke-10 bekas ketua dan pegawai kanan sektor perniagaan China dan Amerika Syarikat (AS) berlangsung di Beijing pada 15 dan 16 Mei, anjuran bersama Pusat Interaksi Ekonomi Antarabangsa China dan Dewan Perniagaan AS(CCUS).

Peserta dari AS menyatakan walaupun kedua-dua pihak berdepan kesukaran dan cabaran, namun masih wujud banyak peluang untuk merealisasikan situasi saling untung.

Dialog kali ini menumpukan dasar dan tindakan yang akan diambil kedua-dua pihak, selain inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R), ekonomi digital serta industri teknologi global.

Ketua CCUS, Thomas Donohue berpendapat bahawa China dan AS harus meningkatkan tahap keterbukaan dan bukannya mengambil tindakan untuk saling menyekat. Langkah-langkah yang tidak kondusif kepada persaingan sihat hendaklah dimansuhkan.

Tambah beliau, kesukaran dan cabaran yang dihadapi tidak menghalang kedua-dua pihak mencapai perjanjian yang saling menguntungkan.

Pada 15 hingga 19 Mei, Utusan Khas Presiden China yang juga Anggota Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China dan Naib Perdana Menteri, Liu He membuat lawatan ke Amerika Syarikat (AS) atas undangan Washington.

Beliau akan membincangkan isu ekonomi dan perdagangan dua hala bersama-sama Setiausaha Perbendaharaan AS, Steven Terner Mnuchin.


Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin