China, Laos Mahu Kerjasama Lebih Mantap_malay.china.com
Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

China, Laos Mahu Kerjasama Lebih Mantap

2018-05-15 15:35:57

China, Laos Mahu Kerjasama Lebih Mantap

China bersedia bersama-sama Laos mengukuhkan ikatan persahabatan yang diwarisi turun-temurun, di samping meningkatkan penyelarasan strategi pembangunan serta kerjasama pragmatik melibatkan segenap aspek.
Demikian ujar Menteri Keselamatan Awam China, Zhao Kezhi dalam pertemuan dengan Perdana Menteri Laos, Thongloun Sisoulith, di Vientiane semalam.
Zhao menyuarakan harapan agar sinergi dalam penguatkuasaan undang-undang diperkasakan, termasuk usaha sama bagi menjamin keselamatan projek-projek di bawah inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R).
Thongloun pula merakamkan ucapan terima kasih atas sokongan China terhadap pembangunan sosioekonomi Laos selama ini.
Beliau turut menyatakan kesediaan pihak Laos bergabung tenaga dengan China merancakkan kerjasama dalam pelbagai bidang, sekali gus merealisasikan komuniti berkongsi nasib yang lebih signifikan dari perspektif strategik.


Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin