Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

China, Laos Intensifkan Kerjasama Keselamatan

2018-05-15 15:34:48

China, Laos Intensifkan Kerjasama Keselamatan

China bersedia bekerjasama dengan Laos dalam usaha membanteras segala bentuk jenayah rentas sempadan untuk memperdalam kerjasama keselamatan berkaitan penguatkuasaan undang-undang di lembangan Sungai Lancang dan Mekong. 

Demikian dinyatakan oleh Ahli Dewan Negara China merangkap Menteri Keselamatan Awam, Zhao Kezhi ketika menghadiri pertemuan dua hala dengan Menteri Pertahanan Negara Laos, Chansamone Channhalat di Vientiane semalam.

Kedua-dua negara juga diharap terus memastikan pembinaan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) dijalankan dengan lancar, sekali gus menjaga keselamatan dan kestabilan antara satu sama lain dan rantau ini.

Chansamone pula berkata, ikatan persahabatan dengan China sentiasa dianggap sebagai keutamaan bagi Laos. 
Beliau berharap, kedua-dua negara dapat terus mengintensifkan kerjasama pragmatik dalam sektor keselamatan pada masa hadapan demi melonjakkan hubungan dua hala ke tahap yang lebih tinggi.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin