Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

55 Warga Palestin Maut dalam Konflik dengan Israel

2018-05-15 15:19:54

Seramai 55 warga Palestin maut sementara lebih 2,800 lagi cedera dalam tunjuk perasaan susulan pembukaan rasmi kedutaan Amerika Syarikat (AS) yang dipindahkan ke Baitulmuqaddis, semalam. 

Kematian dan kecederaan berpunca daripada konflik dengan tentera Israel.

Majlis pembukaan kedutaan itu dihadiri delegasi AS yang diketuai Timbalan Setiausaha Negara, John J. Sullivan. Turut hadir termasuk anak perempuan Presiden Trump, Ivanka Trump dan suaminya Jared Kushner serta Setiausaha Perbendaharaan, Steven Terner Mnuchin.

Menurut media Israel, Kementerian Luar Israel mengeluarkan undangan kepada 86 misi diplomatik di negaranya, namun kehadiran tidak sampai separuh.

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengumumkan semalam bahawa bendera kebangsaan Palestin dikibarkan separuh tiang selama tiga hari bermula hari ini sebagai tanda berkabung atas kematian rakyat di Genting Gaza.

Pada hari yang sama, kerajaan beberapa negara termasuk Perancis, Jordan dan Mesir serta pegawai Liga Arab mengeluarkan kenyataan masing-masing untuk membantah tindakan AS memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitulmuqdis. Pihak berkuasa Israel turut digesa mengelakkan penggunaan kekerasan.    


Anda mungkin berminat

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin