Indonesia Jamin Keselamatan sempena Sukan Asia 2018_malay.china.com
Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Indonesia Jamin Keselamatan sempena Sukan Asia 2018

2018-05-15 13:27:42

Indonesia telah membentuk satu mekanisme antikeganasan khas untuk menjamin keselamatan semasa Sukan Asia ke-18 Ogos nanti.

Demikian maklum pengerusi Jawatankuasa Penganjuran Sukan Asia 2018, Eric Thohir di Jakarta semalam.

Pada 13 Mei lalu, rentetan serangan bom nekad berlaku di tiga gereja di bandar Surabaya, Jawa Timur mengakibatkan ramai maut dan cedera.

Pada hari yang sama, Eric Thohir berkata Indonesia akan menempatkan anggota polis dan tentera untuk menjaga keselamatan pada tempoh penganjuran Sukan Asia. Sebuah mekanisme keselamatan siber akan dilancarkan untuk menangani ancaman dalam ruang Internet.

Menurut beliau, jagaan keselamatan khusus juga akan disediakan untuk tetamu kehormat, atlet dan pegawai yang berada di Indonesia untuk temasya sukan itu, manakala venue dan penonton juga akan diberi perhatian.

Sebagai langkah keselamatan, pembeli tiket perlu memberi maklumat peribadi secara terperinci termasuk alamat dan nombor telefon mereka.

Sukan Asia ke-18 dijadualkan berlangsung di Jakarta and Kota Palembang, selatan Sumatra pada 18 Ogos hingga 2 September.


Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin