Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

Wang Yi Ditemui Ban Ki-moon

2018-05-15 13:18:36

Menteri Luar China, Wang Yi telah ditemui Pengerusi Lembaga Forum Asia Boao (BFA) baharu, Ban Ki-moon di Beijing semalam.

Wang Yi mengucapkan tahniah kepada Ban Ki-moon atas pelantikannya sebagai Pengerusi Lembaga BFA, sambil memuji kemajuan BFA sejak penubuhannya 17 tahun lalu sebagai amat besar.

Beliau berharap BFA yang dipimpin lembaga penggal baharu ini dapat terus maju berorientasikan dunia dengan berasaskan Asia, supaya lebih menyumbang kepada penyelesaian masalah yang dihadapi oleh Asia bahkan dunia.

China sebagai tuan rumah BFA sentiasa menyokong pembangunan forum ini.

Ban Ki-moon pula menyatakan bahawa situasi antarabangsa mengalami perubahan ketara pada beberapa tahun kebelakangan ini. Pengaruh China kian penting di dunia.

BFA akan memainkan peranan wahana yang melibatkan bidang politik, perdagangan dan keilmuan dengan sepenuhnya, dan bersedia merangka cara penyelesaian tersendiri bagi menggalakkan pembangunan Asia bahkan dunia.



Anda mungkin berminat

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin