ESCAP Sanjung Tinggi Inisiatif B&R_malay.china.com
Lokasi Anda: Laman Utama > Kandungan

ESCAP Sanjung Tinggi Inisiatif B&R

2018-05-15 11:37:13

Sidang tahunan ke-74 Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Asia dan Pasifik (ESCAP) diadakan di Bangkok, Thailand semalam.

Setiausaha Eksekutif pertubuhan itu, Dr. Shamshad Akhtar dalam ucapannya pada majlis perasmian telah menyanjung tinggi kesignifikanan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) terhadap kerjasama sejagat dan serantau.

Akhtar menyatakan, pada masa ini, bangkitnya arus yang bertentangan dengan globalisasi dan perlindungan perdagangan menyebabkan pertumbuhan ekonomi dunia makin dibebani ketidakpastian. Jika dibiarkan, rantaian pembekalan sejagat termasuk di Asia Pasifik nescaya akan terjejas.

Semua negara di Asia Pasifik disarankan bergabung tenaga untuk mengatasi cabaran dan menerajui usaha melindungi dan menggalakkan tadbir urus global yang adil serta sistem multilateral.

Akhtar menganggap bahawa inisiatif B&R yang dikemukakan oleh Presiden China, Xi Jinping akan membantu menggalakkan integrasi ekonomi serantau dan meningkatkan kesalinghubungan, serta menyuntik momentum kuat secara berterusan kepada pembangunan rantau Asia Pasifik.

Dalam ucapannya, Akhtar turut menilai tinggi pencapaian cemerlang dan potensi China dalam bidang inovasi dan pembangunan.


Anda mungkin berminat

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin